La Tahzan, Innallaha Ma'ana. Jangan bersedih kerana Allah bersama kita. Sebelum ni aku pernah post pasal patah hati, sedih yang teramat tapi hari ni hati ni makin sayu dan sedih kerana waktu aku bersedih aku terlupa sesuatu.... Aku lupa yang Allah sentiasa bersama aku. Ketika itu aku memerlukan seseorang untuk beradu kesedihan hati ni tapi sebenarnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah sentiasa ingin mendengar hambanya beradu kesedihan kerana kepada-Nya kita bergantung. Aku bukanlah seseorang yang tahu banyak tentang agama kerana sehingga kini aku masih lagi seorang yang jahil. Aku masih belajar tentang ilmu agama. In Sha Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat ku.
Dan bila bercakap pasal jodoh pula, ramai yang sedang berusaha keras untuk mencari jodoh mereka sedangkan mereka sedar jodoh itu sudah ditentukan. Begitu juga dengan aku suatu ketika dahulu. Memang betul orang kata, hati ni amatlah bahaya. Jangan biarkan hati ni kosong kerana dari situ lah kita mula mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan tersebut. Dengan begitulah iman mula goyah. Astagfirullahalazim.....
Jika di fikirkan terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Ramai yang kata aku seorang "playgirl", aku berkawan dengan lelaki, terlalu rapat dengan lelaki, semuanya kerana aku ingin mencari pasangan hidup. Tapi semua lelaki yang aku pernah rapat, pernah kenal, semua pergi meninggalkan aku sehinggakan aku putus asa terhadap lelaki. Sekarang baru aku sedar kenapa mereka bukanlah untuk ku kerana Allah temukan aku dengan orang yang salah sebelum temukan yang betul. Dan melalui orang yang salah, sedikit demi sedikit aku mula mengenal erti cinta dalam islam, cinta selepas berkahwin dan yang paling penting iaitu cinta Allah. Terima kasih Ya Allah. Kini segalanya aku serahkan kepada Allah. Siapa pun jodohku dan dimana dia, aku hanya mendoakan semoga dia seorang insan yang beragama dan mampu membimbing diri ini ke Syurga.
Dan sesungguhnya, pasti ini pengakhiran yang aku inginkan.... iaitu bertemu dengan yang halal untuk ku.






