Yana kenapa gatal sangat? itu lah soalan yang paling membunuh jiwa. Aku tak tahu macam mana nak mendefinisikan perkataan "gatal" itu sendiri. Mungkin aku yang salah. Mungkin perbuatan aku yang menampakkan aku "gedik" "gatal" dimata orang lain. Tapi semalam aku cuma happy dan mungkin terlebih happy. Kenapa yer? Ada ke orang yang nak tanya kenapa happy sangat ni? Kadang-kadang happy tu cuma luaran tapi dalaman tak pernah orang mempersoalkan.. yang orang tahu hanyalah membuat spekulasi sendiri. Tapi aku tak kisahlah.. aku hidup dengan cara aku. Kita pun bukannya lalui jalan hidup yang sama. Aku pun nak berterima kasih pada orang yang bertanya, disebabkan soalan tersebut membuatkan airmata aku gugur. GUGUR? haha.. tapi sungguh berlinangan dengan sebab yang beribu. Disebabkan soalan itu jugalah aku menitiskan airmata di depan Tuhan yang Esa. Tak perlu untuk orang tahu apa yang aku rasa, cukuplah sekadar bergembira depan semua orang. Cukuplah Allah sebagai peneman, Allah sebagai kawan sejati dan cinta abadi. Aku cukup bersyukur kerana Allah sentiasa mendengar setiap isi hati hambaNya. Dan disaat aku berduka, Allah menghantar sesiapa sahaja untuk menghiburkan hati ini. Allah tak pernah tinggalkan aku bersendirian kerana Dia tahu kalau aku bersendirian pastinya aku akan mengingati kisah tidak mahu aku ingat. Terima Kasih, ya Allah. Sungguhlah, Allah mengetahui setiap sesuatu. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. La Tahzan.